Hari ni hari Isnin, seperti biasanya rutin aku selama 14 minggu, setiap Isnin aku akan berada di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta untuk menjalankan tugas bantuan guaman untuk tertuduh-tertuduh yang ingin mengaku salah.
Isnin ni sepatutnya menjadi Isnin-Isnin biasa yang aku lalui sebelum ni. Tapi ianya agak berbeza kali ni. Waktu aku sedang duduk-duduk di bangku peguam sambil menunggu majistret masuk, ada seorang lelaki persis peguam menegur aku lalu kami bersalam. Aku cakap aku legal aid-dock brief, dia cakap dia pun tengah chambering, baru 4 bulan & dia datang cuma mention on behalf of master dia je. Dia sendiri tak kenal siapa client dia. Lalu berboraklah kami itu & ini. Aku dimaklumkan olehnya yang majistret yang sepatutnya preside kat court ni cuti kecemasan & akan digantikan oleh ‘majistret terjun’. Jadi dia menjangkakan kes dia akan disambung esok lepas majistret asal kembali bertugas seperti biasa.
Waktu tu masih biasa. Majistret terjun pun masuk, memang aku tak penah nampak pun muka dia seblom ni. Masa kes-kes dipanggil untuk sebutan or whateverlah matternya, aku kalih-kalih ke belakang tengok galeri awam, saja je tengok sebab aku tengok agak luar biasa ramai orang kat galeri awam hari ni. Pasai apa?
Tiba-tiba aku ternampak Ustaz Dr. Badrul Amin Bahron masuk ke mahkamah & duduk di galeri awam. Aik, cerita apa ni? Masa tu aku tak syak apa-apa sangatla. Maybe Dr. Badrul Amin saja-saja melawat ke apa, aku pun tidaklah memikirkannya sangat sebab aku pun kena mitigate 2 orang tertuduh jap lagi.
Beberapa ketika kemudian aku kalih lagi ke belakang. Makin ramai muka-muka familiar yang aku cam. Orang lain maybe tak cam, tapi aku cukup cam muka-muka ni, muka-muka reformis zaman 1999. Ada Lokman Noor Adam (dulu Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan, exco Pemuda Keadilan zaman Ezam, pernah bertanding lawan Hishammuddin Hussein di parlimen Tenggara tahun 1999 - sekarang dah bertukar kiblat, masuk Umno semula & baru-baru ni menang jawatan Exco Pemuda Umno). Ada Hanafiah Man (bekas exco Pemuda Keadilan zaman Ezam jugak, pernah bertanding lawan Umno di Tualang Sekah tahun 1999, pun dah menyeberang ke Umno semula & jadik setiausaha politik menteri mana ntah, aku pun dah tak ingat, tapi aku lebih kenal dia sebagai moderator AgendaDaily la). Ada Dr. Sanusi Osman, bekas Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia (PRM) sebelum penggabungan PRM dengan Keadilan, pernah bertanding di parlimen Batu tahun 1999, seterusnya di Lembah Pantai pada 2004 melawan Kak Ijat. Ada Ng Lum Yong, bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan & pernah bertanding di Tanjung Malim tahun 1999.
Macam mana aku boleh kenal diorang ni semua? Sebabnya diorang ni antara penceramah yang aktif zaman-zaman reformasi dulu. Yang masuk lokap pun diorang jugak.
Demi melihat kelibat mereka-mereka ni, aku dapat rasakan ni mesti kes demonstrasi ‘haram’ ni. Tambah pulak ada Dr. Badrul Amin, aku tak fikir ada kes lain melainkan kes Arsenik 10 tahun lepas yang Dr. Badrul Amin jadik imam solat hajat di Masjid Negara. Mana aku tau? Sebab aku pun join sama, kikiki.
Lebih menguatkan andaian aku apabila ada seorang peguam duduk di meja seblah aku dengan membawak Akta Polis 1967 bersamanya. Kalau dah Akta Polis tu takde benda lain dah, mesti berhimpun secara haram.
Masa kes-kes lain disebut, satu kejadian telah berlaku. Macam biasalah, dalam mahkamah kena silent handset. Kalau bunyik je, polis rampas selalu. Tapi nak jadik cerita, kali ni handset polis yang berbunyik, kuat pulak bunyik tu. Dah tu lama pulak tak berenti-berenti. Nampakla polis tu cuak menekan-nekan handset dia tapi bunyik tak berenti jugak. Mujurla masa tu majistret & jurubahasa tengah bertukar dokumen, so tak mengganggu sangatla majistret nak dengar apa-apa yang dicakapkan, tapi still annoying la. Masa tu lah terdengar sahutan dari galeri awam “Rampas! Rampas!”. Kalau handset kita berbunyik laju je rampas, kalau handset dia, memekak lama-lama pun takpe. Polis tadi keluar mahkamah kejap & seketika kemudian masuk semula ke mahkamah & berkata , dia tak reti nak silent handset dia, handset baru gamaknyaaaaa…
Tunggu punya tunggu, kes mitigasi aku disebut dulu. Sempatlah aku beraksi 2 kali secara cokia untuk mitigate tertuduh (dah mitigate pun kena hukum berat-berat jugak, pelik tul aku). Lepas habis kes aku, jurubahasa pun menyebut kes “Hishamuddin bin Mat Rais, Tian Chua, Mohamad Ezam Mohd Nor…”.
Aku kalih belakang, Tukartiub takde, penggigit polis takde, penyimpan kotak pun takde. Tapi Dr. Badrul Amin sorang je masuk ke kandang tertuduh, yang lain-lain tu tak masuk pulak, segan ke apa, aku tak tau la. Lepas tu bangun sorang-sorang lawyer, kata saya mewakili OKT ke-10 la, saya mewakili OKT ke-4 la, aku tak tau berapa jumlah OKT yang sebenar, tapi ada lawyer yang kata dia mewakili OKT ke-14, punyalah ramai, aku ingat lebih lagi daripada tu. Dan salah sorang lawyer yang bangun tu lah mamat chambering yang berborak dengan aku tadi.
Oleh kerana majistret yang mendengar kes ni cuti kecemasan, maka kes ditangguhkan keesokan harinya untuk sambung bicara.
Mahkamah stand down (tangguh sebentar). Isi mahkamah bubar.
Aku kalih semula ke belakang, peguam-peguam dikerumuni oleh tertuduh-tertuduh. Aku pun tak tau yang mana tertuduh yang mana bukan. Lokman Noor Adam hilang ke mana, Hanafiah Man pulak termenung memegang kayu di kandang tertuduh.
Laluan untuk keluar pun sesak sebab orang-orang mengerumuni lawyer. Aku pergi ke tempat duduk mamat chambering tadi & aku tanya dia “Ini kes arsenik kan?” Dia pun angguk. “You punya client sorang je?”, dia angguk lagi “sorang je”. “Ini kes dah 10 tahun kan? Punyalah lama”, dia angguk lagi sambil selak-selak fail, nak verify statement aku & dia kata “Yes, dah 10 tahun”. Setelah berjabat tangan lebih kurang aku pun keluar mencarik-carik Dr. Badrul Amin atau siapa-siapa lah yang boleh aku tegur.
Aku lalu di samping Dr. Sanusi Osman. Raut ke’tua’an tu jelas terpampang di wajahnya. Aku tak pasti apakah dia pun tertuduh jugak macam Dr. Badrul Amin. Mulut aku nak menegur, tapi aku tak tau nak kata apa. Kemudian aku jumpa Dr. Badrul Amin kat pintu masuk mahkamah, nak tegur, tak tertegur, sementelah tangan kirinya menjinjit kitab Arab & tangan kanannya ligat main handset. Kalau aku tegur pun, aku nak kata apa?
10 tahun dulu, aku baru form 2. Sekarang, aku dah chambering. Lamanya tempoh 10 tahun tu tapi kes arsenik tak selesai-selesai lagi. Majistretnya koman-koman dah 4,5 kali bertukar orang. Pendakwaraya pun sama. Entah-entah peguambela pun dah bertukar berapa kali. Cuma tertuduh-tertuduh je kekal orang yang sama. Kes demo kat highway Kesas 9 tahun lepas, baru-baru ni je majistret putuskan semua tertuduh tak bersalah. Yang kes merusuh Lunas 9 tahun lepas, lama dah tak dengar khabar berita. Tapi kes arsenik ni la champion, dah 10 tahun lagu tu jugak.
Dalam tempoh 10 tahun tu, Ezam, Lokman & Hanafiah dah menyeberang ke Umno semula. Berbanding Ezam, Lokman & Hanafiah keluar Keadilan dulu & menyerang Ezam bertubi-tubi. Siap bersumpah bagai, aku pun malas nak amik pot. Sekarang Ezam pun dah masuk Umno, tapi aku rasa hubungan mereka masih lagi tegang. Nasib baik Dr. Badrul Amin tak masuk Umno, haha. Sebab dia pun dulu exco Pemuda Keadilan zaman Ezam jugak.
Begitulah satu dekad telah berlalu. Macam-macam telah berlaku & keadaan pun telah berubah. 10 tahun dulu, aku tak sangka pun aku akan dapat menyaksikan perubahan ni di depan mata aku. Tapi 10 tahun selepas tu, inilah yang berlaku.
Apa agaknya yang akan berlaku 10 tahun lagi?